Resepi Udang Kantonis
Ingredients :
1 kg udang besar (10-15 ekor)
2 s/besar tepung jagung
minyak (untuk menggoreng)
2 cm halia muda (dihiris nipis)
2 batang saleri
1 batang lobak merah (dibentuk bunga)
1 biji cili merah (dihiris)
8 biji ‘water chesnut’
1 cawan kacang pea
30 gm cendawan cuping (direndam)
Bahan Bahan Sos
2 s/besar sos tiram
2 s/besar kicap cair
1 s/kecil tepung jagung
1 s/kecil lada putih
Method :
1. Didihkan air panas bersama sedikit garam dan rebuskan sayur-sayuran.
2. Di kuali berasingan, tumiskan bawang putih, halia, ‘water chesnut’dan masukkan udang, goreng selama 5 minit, kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan lada putih, sedikit gula dan bancuhan tepung jagung.
3. Masukkan sayur-sayuran yang direbus tadi ke dalam kuali,gorengkan bersama dan hidangkan panas.