Ingredients :

1 1/2 kg labu kuning ( dibuang kulit dan dipotong dadu kecil )
2 biji epal hijau ( dipotong dadu kecil )
2 biji bawang besar ( dihiris nipis )
2 cm halia ( dihiris )
3 s/besar rempah kari merah Thai
air rebusan ayam secukupnya
4 s/besar mentega
3 s/besar minyak zaitun
segenggam daun ketumbar (dicincang halus)
4 s/besar bawang (digoreng)
2 tangkai daun bawang (dihiris nipis)
garam dan gula secukup rasa

Method:

1. Panaskan mentega dan minyak zaitun di dalam periuk, goreng dan layukan bawang besar dan halia pada api sederhana sehingga lembut.

2. Masukkan labu dan separuh daripada epal dan tumis selama 10 minit bersama rempah kari merah Thai.

3. Masukkan air rebusan, daun ketumbar dan didihkan selama 10 minit lagi, setelah itu keluarkan isi labu tadi dan sebahagian dari stok dan masak sehingga lembut, tuangkan ia semula ke dalam periuk dan masakkan epal yang lebih tadi, tambah garam dan gula secukup rasa.

4. Setelah ia masak,hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun bawang di atasnya.
No votes yet.
Please wait...
Voting is currently disabled, data maintenance in progress.