Ingredients :
350 gm mi kuning (dicelur dan ditoskan) 200 gm bebola ayam 150 gm isi udang 250 gm daging ayam (bahagian dada – dipotong kecil) 600 gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil) 200 gm taugeh (dicelur) 2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu) 3 tangkai daun ketumbar (dihiris) 2 s/besar minyak sayuran 40 gm rempah kari (dijadikan pes) 500 ml santan cair (diperah dari 1/4 biji kelapa) 3 ulas bawang merah } 2 ulas bawang putih } ditumbuk lumat 2 cm halia } 3 cm kayu manis 3 biji bunga cengkih 1 kumtum bunga lawang 3 biji bunga pelaga 2 biji tomato 3 tangkai daun kari 650 ml air 1/2 s/kecil garam 1 keping asam keping |
Method :
1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga,bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga kuning,di atas api kecil.
2. Masukkan pes rempas kari, daun kari, tumis sehingga harum.
3. Masukkan ayam dan gaul dengan rata , masukkan sedikit air, tutup dan masak diatas api sederdana selama 5 minit.
4. Masukkan udang dan bebola ayam.
5. Masukkan asam keping, santan dan air, biarkan ia mendidih.
6. Perasakan dengan garam dan biarkan ia masak beberapa minit,masukan tomato kemudian tutupkan api.
7. Untuk menghidangkannya, masukan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah yang panas ke atasnya …